suria

Rancangan boikot dipandang sepi, ramai rider masih ‘on job’ tanpa henti... Risau tak cukup duit kahwin kalau cuti sehari

Nampaknya masih ada rider yang bekerja seperti biasa pada Jumaat dan tidak terlibat dengan gerakan boikot itu. (Gambar Hiasan)

GERAKAN boikot yang dirancang oleh sebilangan besar rider penghantar makanan pada Jumaat nampaknya tidak berjalan 100 peratus seperti yang diharapkan.

Semakan mStar menerusi laman Facebook GrabFood Rider Malaysia yang mempunyai hampir 100,000 ahli menemui banyak posting memaparkan kebanyakan penghantar makanan masih bekerja seperti biasa pada hari ini.

"Sedih, nampak memang rider tak bersatu. Alasan kena cari duit. Sebelum ni memang jenis on job tak henti-henti ke? Memang tak pernah off walau sehari ke?

"Apabila ada kempen macam ni, akan ada yang ambil peluang. Demand tinggi, supply kurang," tulis seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Helmey.

Menurut beberapa rider dalam group Facebook itu, mereka enggan ikut mogok kerana enggan menanggung kerugian tidak bekerja selama satu hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Upah dikurangkan, rider makanan lancar mogok esok!

"Sorry sangat-sangat. Aku serba salah rasanya. Nak off, tapi fikir nak kumpul duit kahwin bulan 11 ni. Nak on, tapi fikir pengorbanan kawan-kawan lain yang off. Bulan ni pula aku banyak cuti sebab kawan kahwin dan fitting baju dan hal berkaitan kahwin," tulis seorang rider.

Bagaimanapun, beberapa individu mendakwa berlaku kekurangan rider di sesetengah kawasan hari ini biarpun masih ada yang tetap meneruskan kerja seperti biasa.

Brief Caption: Grab Food delivery service riders waiting at the Queensbay Mall in Bayan Lepas, Penang yesterday.Starpic by LIM BENG TATT/The Star/ 03 April 2020.

Sebilangan rider memilih untuk menolak gerakan boikot kerana lebih memikirkan 'poket' mereka. (Gambar Hiasan)

Dalam pada itu, ramai ahli group Facebook berkenaan turut menulis pendapat masing-masing berhubung gerakan boikot tersebut.

"Sedih dan kecewa. Masih ada yang 'cedok' juga. Langsung tak boleh bersatu ke wahai rider yang 90 peratus bangsa sendiri?

"Yang bukan rider ramai je sokong 5 Ogos (hari boikot) tapi rider sendiri sebaliknya. Bersatulah semua rider. Ini kebaikan bersama.

"Kepada yang mogok hari ni, anda memang hebat. Kalau tak ada perubahan pun, tak apa yang penting kita dah usaha untuk perubahan. Kehidupan memang keras, maka hiduplah dengan kuat.

"Sembang semangat Mat Kilau konon. Apabila ajak bersatu, terus jadi 'mat kalau'. Kalau tak on sehari, dapur tak berasap sebulan," tulis beberapa individu.

Pada Khamis, mStar melaporkan sebilangan besar rider merancang untuk melakukan boikot pada Jumaat menerusi program yang diberi nama Food Delivery Blackout.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan syarikat penyedia perkhidmatan yang mengurangkan kadar upah untuk golongan rider.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain