DATUK Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira 8.30 pagi Khamis untuk perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini adalah penampilan pertamanya selepas dihantar ke penjara pada Selasa berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd. Najib kembali ke mahkamah hari ini untuk perbicaraan penyelewengan 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. Najib tiba dengan sebuah SUV hitam kira-kira jam 8.26 pagi dan dilaporkan memakai sut dan tali leher kelabu. ARTIKEL BERKAITAN: Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta Sekumpulan petugas media berkumpul di luar kompleks itu sejak seawal jam 6.30 pagi ketika menunggu ketibaannya. Sementara itu, anak perempuan Najib menerusi Instagram lewat malam Rabu berkata bekas perdana menteri itu sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya yang jauh berbeza daripada jadual "Bossku" yang biasanya padat. Dia juga berkata seisi keluarga tidak sabar untuk bertemu bapanya di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI