BERITA baik untuk M40! Peratusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan M40 (kategori M1) dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis. Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40. "Banyak lagi kita akan umumkan demi kepentingan mahasiswa dan mahasiswi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur. pada Khamis. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI