suria

“PRU15 sikit lagi... tak lama lagi” - PM

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa, pada Sabtu.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

"Bila tarikhnya? Saya dan Presiden akan bincang. Sikit lagi, tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata, lima pemimpin tertinggi daripada Barisan Nasional akan bertemu tidak lama lagi untuk menetapkan tarikh tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki PRU15, PM kata tarikh bubar Parlimen bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

"Apa yang penting ialah apabila Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan, kita mesti menang," ujarnya.

Ismail Sabri menambah, kebangkitan dan semangat tinggi yang dipamerkan oleh golongan muda akan memudahkan dirinya dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menetapkan tarikh tersebut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PRU15, Umno, BN, Ismail Sabri, jentera, orang muda

Artikel Lain