ULAMA tersohor dunia, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Isnin. Berita pemergian pemimpin spiritual gerakan Ikhwanul Muslimin itu diumumkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) dan turut disahkan anak lelakinya, Abdul Rahman menerusi akaun media sosial miliknya. "Dunia Islam kini kehilangan seorang ulama yang paling disegani," ujar IUMS yang diasaskan oleh beliau menerusi Twitter, namun tidak menyatakan punca kematiannya yang dilaporkan menderita sakit untuk tempoh agak lama. Yusuf al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir telah menetap di Qatar sejak 2013 dan turut diberikan hak kerakyatan negara berkenaan. - SINAR HARIAN Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI