AKTIVIS terkenal, Ebit Lew tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom pada pukul 9 pagi Selasa, bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya. Pendakwah tersebut dilihat berpakaian serba hitam, tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser hitam. Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual. ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan gangguan seksual, satu lagi kertas siasatan terhadap Ebit Lew Prosiding perbicaraan bermula Selasa hingga Jumaat ini. Petugas media turut berada di perkarangan mahkamah seawal pukul 8 pagi bagi mengikuti prosiding berkenaan. Turut kelihatan, sekumpulan individu mengiringi beliau bagi memberi sokongan kepada pendakwah itu. - SINAR HARIAN Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI