suria

Kes Ebit Lew: Firdaus Wong dijangka saksi baharu perbicaraan hari ketiga

Ebit tiba di Mahkamah Majistret Tenom untuk perbicaraan hari ketiga.

SUSULAN kenyataan di Facebook baru-baru ini, Pendakwah bebas Firdaus Wong dijangka menjadi saksi baharu yang akan dipanggil pada sesi perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah, pada Khamis.

Selain Firdaus Wong, seorang lagi pegawai polis turut dipanggil pada sesi perbicaraan itu nanti.

Perbicaraan yang memasuki hari ketiga Ebit atau nama sebenar Ebit Erawan Ibrahim, 37, berlangsung sehingga Jumaat ini.

Setakat ini, saksi pertama pihak pendakwaan ialah seorang konsultan atau penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu, 37, sudah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah sepanjang dua hari perbicaraan itu berlangsung.

Sementara itu, Ebit dilihat tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan memakai baju berwarna biru muda dan berseluar hitam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia.

Ebit pula diwakili barisan peguamnya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain