"SAYA tak sabar nak peluk kakak" Begitulah kata adik bongsu ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, selepas mengetahui kakaknya sudah berada di Malaysia. Adik Azi yang berusia 25 tahun itu berharap anggota polis dapat membawa kakaknya pulang dalam masa terdekat. Dia juga turut meminta orang ramai bersama-sama mendoakan keselamatan kakaknya selepas peristiwa sedih yang berlaku dalam keluarganya. "Alhamdulillah, tak sabar nak peluk dia," katanya dalam satu temubual pada Jumaat. Rosnazirah diculik di hadapan rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September sebelum dilaporkan dibawa ke Thailand. ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulilah... Azi ejen kosmetik selamat, polis tahan 7 suspek Sementara itu, kakak wanita itu berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kepulangan adiknya dan akan berkumpul bersama ahli keluarga lain untuk solat hajat dan sujud syukur. Katanya, sebelum ini mereka sekeluarga tidak putus-putus mengadakan solat hajat dan berdoa adiknya pulang dalam keadaan selamat. "Selepas Ketua Polis Negara (Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani) memaklumkan Azi (Rosnazirah) sudah diselamatkan, kami bertambah yakin dia sedang akan bertemu kami," katanya ketika ditemui di pekarangan rumahnya di sini pada Jumaat. Menurut kakak Azie, setiap hari dia menerima panggilan dan mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada keluarga dan rakan-rakan terdekat bertanyakan adiknya. Bagaimanapun, semua teruja dan gembira menerima berita itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan ejen Rosnazirah yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya lalu berjaya diselamatkan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, dalam sidang akhbar pada Jumaat berkata mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, akan dibawa pulang dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun wanita itu masih berada di Kuala Lumpur dan keadaannya juga baik. Beliau turut memaklumkan ketika sepanjang proses menyelamat itu tiada sebarang bayaran berlaku. “Alhamdulillah, kita akan membawa pulang mangsa dalam tempoh terdekat. Terima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang bekerja keras dalam kes ini,” katanya. - SINAR HARIAN Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI