PERBICARAAN hari terakhir kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew sebelum disambung semula dengan tarikh baharu dijangka masih tertumpu kepada Firdaus Wong sebagai saksi ketiga pihak pendakwaan. Bagaimanapun, saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, dalam perbicaraan pada Khamis diberitahu oleh mahkamah bahawa beliau akan dipanggil semula untuk menyambung pemeriksaan balas daripada pihak peguam bela sebelum perbicaraan Firdaus diteruskan. ARTIKEL BERKAITAN: Kes Ebit Lew: Firdaus Wong dijangka saksi baharu perbicaraan hari ketiga Perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Majistret di sini, setakat ini sudah memanggil tiga saksi sepanjang empat hari perbicaraan berlangsung. Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dan dilihat berpakaian hitam dan berkopiah putih. Ebit dilihat kelihatan tenang dan sempat tersenyum kepada petugas media ketika melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada jam 9.30 pagi. - SINAR HARIAN Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI