suria

Agong lawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara sebelum PM dijadual menghadap

Agong diiringi Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang,pada Khamis.

Menurut sumber, sembah taklimat secara tertutup atas titah Seri Paduka itu, baginda diiringi oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki PRU15, PM kata tarikh bubar Parlimen bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

Baginda diberi taklimat cuaca dan banjir oleh Setiausaha Agung (Kasa) Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dan Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh.

Acara dua jam itu akan merangkumi taklimat Khairy mengenai situasi semasa Covid-19 dan persiapan Kementerian Kesihatan menghadapi banjir.

Lawatan itu diadakan beberapa jam sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadap baginda pada jam 4 petang Khamis.

Perbincangan mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen telah dibuat dan ada spekulasi bahawa Perdana Menteri akan mengusulkan pembubaran itu petang ini. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain