BEKAS perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak diberi layanan istimewa di Penjara Kajang, kata Jabatan Penjara. Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad berkata, kakitangan jabatan itu perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani banduan. "Kita memberi layanan sama, kita juga tidak pilih kasih ketika memberi layanan kepada semua banduan di penjara ini. “Beliau (Najib) sedang menjalani hukuman penjara dan perlu mematuhi Akta Penjara 1995,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah 2022 yang dipinda di ibu pejabat Penjara Malaysia pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta Nordin berkata tindakan tegas akan diambil terhadap anggota yang memberi layanan istimewa kepada mana-mana banduan. “Kita perlu menghormati kedaulatan undang-undang. Pegawai penjara tidak mempunyai kuasa untuk memberi layanan istimewa. “Kami diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang,” katanya. Ditanya sama ada Najib atau peguamnya telah memohon untuk menukar penjara, Nordin berkata jabatan itu tidak menerima sebarang permintaan sedemikian. Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Najib dalam kes SRC International Sdn Bhd. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI