suria

Tragis... Wanita maut dalam nahas babit lima kenderaan

Lima kenderaan yang terbabit nahas berdekatan Yong Peng.

SEORANG wanita maut di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan dua lori kontena dan tiga kereta di KM129 di lorong arah utara Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.57 petang Rabu (26 Oktober).

Ketua Balai Bomba Yong Peng, Asyraf Nurbin Mohd Yusoff berkata 13 anggota bomba dari Balai Bomba Yong Peng dan Pagoh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa berusia 28 tahun dikenali sebagai Ang Zi Yan yang berada dalam salah sebuah kereta telah diisytiharkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Kementerian Kesihatan,'' kata Asyraf dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa tersepit di dalam kereta manakala pemandu lelaki mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal pasukan paramedik bomba.

Asyraf berkata, identiti pemandu kereta itu tidak diketahui, sambil menambah pemandu salah sebuah trak yang berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Azrul Khamis.

Beliau berkata, Muhamad cedera dalam kemalangan itu manakala pemandu lain melarikan diri tanpa cedera, dan menambah identiti pemandu lori kontena kedua masih belum dapat ditentukan.

Asyraf juga berkata pemandu dua lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, Noor Sulina Mohamadaril berusia 28 tahun dan Mohd Faizul Mohd Salleh, 42 tahun, kedua-duanya selamat tanpa cedera.

Operasi yang diketuai pegawai kanan II Mohd Hafiz Othman itu tamat pada 8.10 malam. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain