PADA malam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lebih 10,000 masyarakat hadir bagi mendengar ceramah pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon Perdana Penteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Presiden PKR, misinya adalah untuk menawan Putrajaya yang mana perkara itu disampaikan melalui satu himpunan di Meow Garden di Tambun, Ipoh, Perak. "Jika diberi mandat untuk mentadbir negara, Pakatan Harapan akan mengurangkan separuh jumlah menteri kerajaan sebelum ini. "Kami memerlukan satu senarai yang bersih dalam kepimpinan. 70 menteri sekarang pasti akan dikurangkan kepada separuh. "Saya memberi jaminan kepada semua bahawa gaji menteri akan dipotong separuh juga," jelasnya. Beribu-ribu orang berkumpul di tapak itu walaupun hujan lebat. Dalam pada itu, beliau menasihatkan anak muda untuk memastikan mereka semua keluar mengundi. “Golongan muda mesti menunjukkan minat dalam politik,” tambahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI