CALON Pakatan Harapan (PH) Adam Adli Abdul Halim memenangi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya dengan majoriti 8,638 undian. Adam meraih 39,418 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Ridhwan Mohd Ali yang meraih 30,780 undi. Dua lagi calon di Hang Tuah Jaya iaitu Mohd Azrudin Md Idris (Perikatan Nasional (PN) memperoleh 23,549 undi manakala Sheikh Ikhzan (Parti Pejuang Tanah Air) hilang deposit apabila mendapat 739 undi sahaja. Di Arau pula, calon PN Datuk Seri Shahidan Kassim menang besar dengan 30,458 undi, jauh meninggalkan calon PH, Fathin Amelina Falzie yang memperoleh 7,089 undi Dalam pada itu, Tengku Zafrul Aziz yang mewakili BN di Kuala Selangor memperoleh 30,031, tewas kepada calon PH Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang meraih 31,033 undi. Tengku Zafrul tewas di Kuala Selangor. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili PN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undian. Menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada Sabtu, Muhyiddin yang turut terkenal dengan gelaran 'abah' meraih 24,986, menewaskan Iskandar Shah PH yang memperoleh 14,979 undi. Calon BN di Pagoh iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim pula memperoleh 14,426 undi. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pusat penjumlahan undi Gombak tiba-tiba ‘blackout’, netizen mula curiga... TNB sahkan punca rosak di lokasi Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut berjaya mempertahankan kerusi Ayer Hitam dengan 18,911 undian, menewaskan Sheik Omar (PH) yang memperoleh 15,948 undian serta Syafiq Aziz (PN) yang mendapat 11,833 undian. Wee Ka Siong pertahan Ayer Hitam. Setakat 10.50 malam, Mas Ermieyati turut disahkan memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti undian sebanyak 4,411, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik pula tewas kepada calon BN, Hasni Mohammad di Parlimen Simpang Renggam. Syed Saddiq (kiri) dan Muhyiddin (kanan) berjaya mengekalkan kerusi masing-masing dalam PRU15. Maszlee yang juga calon PH memperoleh 16,491 undi manakala Hasni Mohammad menerima 18,312 undi. Setakat 11 malam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga disahkan menang dengan majoriti 1,345 undi, sekali gus berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Muar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI