DIKEMASKINI CALON Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan menang di Parlimen Sungai Buloh, dengan majoriti 2,693 undi. Berdasarkan keputusan rasmi, Ramanan meraih 50,943 undi. Khairy Jamaluddin dari Barisan Nasional (BN), memperoleh 48,250 undi. ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Tiada jodoh! KJ kalah di Sungai Buloh, Nurul Izzah tewas di Permatang Pauh Saingan tujuh penjuru itu turut menyaksikan Mohd Ghazali Md Hamim daripada Perikatan Nasional (PN) sebanyak 29,060 undi. Manakala calon lain iaitu Mohd Akmal Mohd Yusof (Pejuang - 829 undi), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia - 279 undi) dan Nurhaslinda Basri (Bebas) dengan 113 undi. Sementara itu, Syed Abdul Razak Syed Long Al-Sagoff (Bebas) pula meraih 165 undi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI