suria

DAP jumpa Abang Johari... mohon maaf jika pernah menyinggung perasaan kerajaan, rakyat Sarawak

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

PARTI DAP memohon maaf kepada kerajaan Sawarak dan seluruh rakyatnya sekiranya mereka ada membuat kenyataan yang bersifat menyinggung perasaan, sebelum ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dia juga telah bertemu dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kuching untuk menyampaikan permohonan maaf itu.

"Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg di kediaman beliau di Kuching.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita di pihak yang benar” - Abdul Hadi yakin masih berada di hadapan

"Turut hadir bersama ialah YAB Timbalan Premier Sarawak, Prof. Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian. Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

"Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis pagi.

Tambahnya, dia berharap pertemuan itu bakal membuka lembaran baharu, sekali gus membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain