PERSOALAN sama ada gabungan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) yang bakal diberi mandat menerajui negara nampaknya masih belum terungkai. Pada Khamis pagi, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memuat naik satu ciapan di Twitter, seolah-olah memberi bayangan mengenai situasi politik yang sedang melanda ketika ini. "Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan. Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. ARTIKEL BERKAITAN: PAS seru rakyat Malaysia adakan solat hajat, bacaan Yasin permudah urusan Muhyiddin jadi PM "InsyaAllah kita terpelihara, negara terpelihara. Abdul Hadi Awang, Putrajaya," ciapnya pada 8.34 pagi. Sehingga kini, belum ada mana-mana parti yang berjaya membuktikan majoriti mudah, sekali gus dapat membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan Sabtu lalu. Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis berhubung isu pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI