suria

Empat senator baharu angkat sumpah

Dari kiri, Mohd Na'im, Zambry, Saifuddin dan Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. -Bernama

EMPAT senator baharu mengangkat sumpah di Dewan Negara pada Sabtu selepas dilantik sebagai jemaah Menteri di bawah Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pada pukul 8:30 pagi Sabtu.

Mereka yang mengangkat sumpah terdiri daripada Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menerajui Kementerian Dalam Negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab! Anwar umum barisan Kabinet... Zahid, Fadillah jadi TPM

Seterusnya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selain itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Abd Kadir juga mengangkat sumpah sebagai Senator, yang memikul tanggungjawab sebagai Menteri Luar Negeri.

Turut menyertai Zambry adalah Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang diberikan kepercayaan untuk mengemudi jawatan sebagai Menteri Agama.

Saifuddin Nasution, Zambry, Mohd Na'im merupakan ahli baharu Dewan Negara manakala Tengku Zafrul merupakan pelantikan semula setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain