DIKEMASKINI
PERSOALAN mengenai siapakah yang menganggotai barisan Kabinet di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan akhirnya terjawab.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tersebut, pada Jumaat malam.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Ini pertama kali Malaysia mempunyai dua timbalan perdana menteri.
Ahmad Zahid juga dinamakan sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala Fadillah juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi.
Senarai Kabinet baharu itu dibuat selepas lapan hari Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof disebut-sebut sebagai calon timbalan perdana menteri.
Pembentukan barisan Jemaah Menteri selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diangggap penting dalam memulihkan semula ekonomi negara, kos sara hidup serta kestabilan politik.
Berikut adalah barisan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan : Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Kadir
Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikas Digital: Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara: Datuk Ago Dagang
Menteri Agama: Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): Datuk Armizan Mohd Ali
Menteri Sumber Manusia: Sivakumar Varatharaju Naidu
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI