suria

Sambutan luar biasa! Anwar pulang ke Tambun sebagai PM

Anwar disambut meriah di Tambun. foto RONNIE CHIN/The Star

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan luar biasa sebaik tiba di pasar basah Tanjung Rambutan di kawasan Tambun dekat Ipoh.

Walaupun ketibaannya lewat pada pukul 12.15 tengah hari untuk lawatan yang sepatutnya dijadualkan pada 11.30 pagi Jumaat, Ahli Parlimen Tambun itu disambut dengan sorakan yang gemuruh sebalik keluar dari kereta.

Orang ramai yang teruja berusaha untuk melihat beliau dengan lebih dekat.

Ini kerana pertama kali Presiden PKR itu kembali ke Tambun sejak memenangi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

Ada yang berkesempatan untuk bersalaman dan berswafoto dengan pengerusi Pakatan Harapan itu.

Anwar sempat bersalam dengan beberapa orang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit di pasar sebelum bergegas ke Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati untuk menunaikan solat Jumaat.

Terdahulu, Anwar menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh, pada pukul 10.50 pagi. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain