PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama sejam, pada pukul 8.20 pagi Jumaat. Dipercayai Anwar hadir ke Istana Negara bagi mempersembahkan senarai cadangan nama anggota Kabinet yang dijangka diumumkan pada Jumaat, menurut ciapan Bernama menerusi Twitter. Perdana Menteri meninggalkan Istana pada pukul 9.20 pagi dan berangkat untuk menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sambil melambai kepada media yang berkampung di luar pintu pagar Istana. ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki bakal terjawab... barisan Kabinet dijangka umum hari ini Anwar, yang masih belum membentuk Kabinetnya, dijangka mengumumkan beberapa anggota Kabinet pertamanya kira-kira jam 5 petang, selepas lawatan pertamanya ke Tambun, Perak selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10. Mereka yang dilantik menganggotai Kabinet dijangka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong esok. Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof disebut sebagai calon untuk jawatan timbalan perdana menteri. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI