BARISAN Kabinet baharu akan diumumkan pada petang Jumaat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa barisan Kabinet baharu itu akan menghadiri mesyuarat khas pada Isnin, 5 Disember. Mesyuarat itu akan membincangkan penetapan peraturan-peraturan baharu meliputi pengurusan kementerian dan pendekatan dalam membuat pengumuman serta langkah untuk mengurangkan perbelanjaan. Berdasarkan makluman terkini, pengumuman senarai Kabinet baharu akan ditangguhkan kepada pukul 8:15 malam ini. "InsyaAllah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. "Nantikan," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau. Berita penuh akan menyusul. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI