PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jemaah Menteri bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat. Ia selaras dengan prinsip Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan perbelanjaan dan menumpukan kepada pemulihan ekonomi negara. Bagaimanapun dasar itu akan disemak semula selepas ekonomi negara kembali pulih. "Jemaah menteri setuju sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan. "Ia akan dibuat sehingga ekonomi pulih. Tapi kalau ekonomi pulih ambil masa tiga tahun, kita akan review semula. Pemotongan gaji sepatutnya tidak wajar. "Saya berterima kasih di atas kesediaan mereka melakukan sedikit pengorbanan," katanya dalam sidang media pada Isnin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI