suria

PN rampas kerusi Parlimen Padang Serai

Azman (tengah) bersama Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kanan). foto ZHAFARAN NASIB/The Star

PERIKATAN Nasional (PN) menerusi calonnya, Datuk Azman Nasrudin berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Rabu.

Azman memperoleh majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH).

Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Azman, Dr Mohamad Sofee, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan calon Bebas, Sreanandha Rao.

ARTIKEL BERKAITAN: BN pertahan kerusi DUN Tioman

Azman memperoleh 51,637 undi, manakala Mohamad Sofee mendapat 35,377 undi dan Sivaraj yang memberi laluan kepada calon PH berjaya meraih 2,983 undi.

Sementara itu, Hamzah memperoleh 424 undi, Mohd Bakhri pula mendapat 149 undi, manakala Sreanandha dengan 846 undi.

PRU15 di Padang Serai yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu ditangguhkan berikutan kematian calon asalnya, iaitu M Karupaiya, 69, daripada PH, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

BN pertahan kerusi DUN Tioman

Artikel Lain