DATUK Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan barisan timbalan menteri untuk kementerian-kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan pada pukul 8.15 malam ini. Difahamkan Anwar akan mengeluarkan senarai timbalan menteri tersebut selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab! Anwar umum barisan Kabinet... Zahid, Fadillah jadi TPM Pada 2 Disember, Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet yang lebih kecil, terdiri daripada dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 Jemaah Menteri. Anwar juga memikul peranan sebagai Menteri Kewangan, jawatan yang disandangnya sejak 1991 sebelum dia dipecat pada tahun 1998. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI