PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah terlebih dahulu menolak untuk menerima gaji. "Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak Covid-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak Covid-19. "Saya ingat eloklah kita beri penjelasan ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, Rabu. Anwar berkata ini adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong untuk membantu meringankan beban rakyat. ARTIKEL BERKAITAN: Prihatin nasib rakyat, menteri rela potong gaji 20 peratus - Anwar Anwar yang kini menggalas jawatan sebagai Menteri Kewangan menjelaskan perkara tersebut sebagai lanjutan daripada pengumumannya tempoh hari untuk tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri. Anwar sebelum ini memaklumkan dia tidak akan menerima sebarang gaji sebagai Menteri Kewangan kerana seorang menteri seharusnya menerima satu gaji sahaja. Pada 4 Disember, Anwar mengumumkan Kabinet menteri bersetuju untuk menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sehingga ekonomi Malaysia kembali pulih. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI