suria

Hari kedua sidang Parlimen: Bajet Mini, rasuah fokus utama

Bajet Mini fokus utama Sidang Parlimen.

HARI kedua sidang pertama Parlimen ke-15 pada 20 Disember terus menjadi tumpuan dengan Bajet Mini (peruntukan khas) Perdana Menteri Anwar Ibrahim, membabitkan RM107,718,676,650.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Ke Akaun) 2022 yang akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan kepada Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan akan sentiasa menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan hak semua rakyat Malaysia.

"Kecacatan dalam kerajaan mesti diperbetulkan dan negara mesti bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

"Ahli Parlimen atau sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada disiasat oleh pihak berkuasa kerana rasuah," ujarnya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain