suria

Percutian bertukar tragedi, budak 8 tahun maut lemas di taman tema air

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Johor meninggal dunia kerana lemas di kolam ombak sebuah taman tema di Alor Gajah, Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu mengenal pasti mangsa sebagai Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin dan berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang Selasa.

Beliau berkata mangsa datang bersama rombongan dari kampungnya dari Kampung Sungai Tuansih Tanjung Sedeli, Kota Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Inilah wira! Remaja pantas kayuh perahu selamatkan budak nyaris lemas, netizen puji semangat berani redah ombak besar

"Tujuh puluh sembilan keluarga dari kampung itu sedang bercuti di sini," katanya pada Rabu..

Tambah beliau, kumpulan itu tiba pada pukul 11 ​​pagi dan mangsa pergi berenang bersama beberapa jirannya di kolam sedalam satu meter.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah lewat hari itu. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain