suria

Penerbangan lewat: Batik Air sedia baucar percuma khas kepada pelanggan, sedia baiki kelemahan perkhidmatan

Batik Air sedia baiki kelemahan perkhidmatan.

SUSULAN kelewatan pelepasan penerbangan ke Kuching Sarawak yang tular 22 Disember lalu, Batik Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas untuk memberikan mereka baucar percuma khas.

Mengakui kesal kerana kelewatan telah menyebabkan banyak kesulitan kepada penumpang, pihak syarikat turut menyatakan akan membaiki kelemahan operasi serta melakukan penambahbaikkan dalam penyampaian perkhidmatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penumpang mengamuk, hilang sabar penerbangan ‘delay’ 8 jam! Kesian warga emas tak makan ubat, dah check-in bagasi

Batik Air menerusi satu kenyataan memaklumkan, kelewatan penerbangan ke Kuching dan Trichy terjejas disebabkan keadaan cuaca buruk serta kecacatan teknikal pada pesawat.

"Setelah mengetahui keadaan cuaca buruk, penjadualan semula penerbangan telah dirancang.

"Prosedur operasi standard telah dijalankan oleh krew teknikal yang terlatih bersama jurutera mengenai kecacatan teknikal pesawat supaya dapat memastikan kelayakan udaranya serta kesejahteraan dan keselamatan penumpang," jelasnya.

Dalam pada itu, Batik Air mengakui pihaknya tidak berniat untuk menyebabkan kelewatan berpanjangan.

Malah pada hari kejadian, pihaknya telah menyediakan baucar makanan kepada pelanggan terlibat.

"Tetapi penginapan tidak dapat disediakan kerana semua hotel penuh dan tiada kedai makanan dibuka selepas tengah malam di terminal," tambahnya sambil menyatakan punca kejadian sedang disiasat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain