suria

Kes dera: Budak 4 tahun maut ada kesan cucuh besi panas di seluruh badan, termasuk kemaluan

Lima suspek ditahan berhubung kes seorang kanak-kanak maut disyaki didera.

SEORANG kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor dipercayai akibat didera ahli keluarganya sendiri.

Perkara itu disahkan oleh pihak polis pada petang Selasa.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan mangsa termasuk kemaluan.

"Saya baru keluar dari bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.

ARTIKEL BERKENAAN: Kanak-kanak lelaki maut didera lima rakan kakak

"Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan.

"Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera dalam satu kejadian di Senggarang, Batu Pahat, Johor Bahru.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.40 petang Isnin setelah tiga hari mendapatkan rawatan di HSI.

Kejadian itu terbongkar selepas pengadu iaitu lelaki berusia 23 tahun membuat laporan polis memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik di Senggarang sebelum dirujuk ke HSI, Jumaat lalu.

Kesemua suspek direman sehingga 31 Disember ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Susulan kematian mangsa, kes akan turut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain