KETIKA semua pihak memperkatakan tentang pasangan dari Russia yang dipercayai menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118 baru-baru ini, salah seorang daripada mereka muncul di Twitter. Menerusi akaun @AngelaNikolau_ wanita itu berkata tindakannya merupakan salah satu perkara paling susah dalam hidupnya. “Ia (Menara Merdeka 118) merupakan sebuah bangunan hebat pernah saya kunjungi setakat ini dan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang menakjubkan terutama sekali dengan pemandangan seperti ini. “Satu penghormatan untuk saya berada di sana, saya telah mengimpikannya sejak sekian lama! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Sangat teruja dan bersyukur dapat menyaksikan keindahan pada tahap ini,” tulisnya dalam hantaran di Twitter. Tambah Angela dia tidak ditahan semasa memanjat menara terbabit yang belum lagi dibuka kepada umum. "Saya sudah melakukan perbuatan 'gila' dan tidak ditahan. "Ia pengalaman menakutkan, tetapi dengan penamat yang menggembirakan," katanya. Hantaran tersebut menerima pelbagai respons daripada warga maya setelah melihat lagak beraninya mendepakan sebelah tangan sambil mengangkat sebelah kaki dengan sebelah tangan lagi hanya memaut pada satu tiang ketika berada di puncak menara itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Karen KLIA’ didenda RM100 gara-gara maki hamun staf penerbangan... Netizen ‘petik’ nama Azwan Ali minta jaga kaunter Pelbagai soalan mula ditanya netizen yang masih berteka-teki bagaimana pasangan ini berjaya melepasi segala halangan dan kesukaran untuk berada di atas bangunan tersebut. Akui Angela, aktiviti yang dilakukan ini merupakan satu perkara paling susah pernah dia lakukan dalam kehidupan. Malah, dia juga terpaksa berdepan dengan 36 jam ‘mimpi ngeri’ bagi menjayakan aktiviti ini namun tidak mengulas lanjut mengenai hal tersebut. Terdahulu, foto Angela bersama pasangannya Ivan Beerkus dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com. Tangkap layar video dimuat naik di media sosial pasangan ini. Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara untuk ke puncak. Dalam hantaran dimuat naik Ivan di laman sesawang itu, dia memaklumkan pengalaman berada di atas puncak menara berkenaan sebagai sesuatu yang 'gila'. Hantaran itu kemudiannya dikongsikan di halaman Reddit Malaysia dan rata-rata memberikan komen mengkritik perbuatan berbahaya itu. Tangkap layar perkongsian oleh Reddit Malaysia. Beberapa netizen turut mempersoalkan jika kedua-duanya telah meminta kebenaran daripada pihak pengurusan bangunan tersebut. Sementara itu menerusi laporan The Star, polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan berkenaan kerana menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata pihak pengurusan menara berkenaan telah membuat laporan berhubung perkara itu. “Kami menerima laporan itu dan kami akan menyiasat lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Untuk rekod, pasangan itu terkenal dengan pendakian berbahaya mereka, dengan banyak foto percutian mereka dimuat naik di akaun Instagram masing-masing. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI