suria

Lubang besar tiba-tiba muncul di Ampang! Hati-hati pengguna jalan raya

Lubang itu dianggarkan sedalam kira-kira 1.5 meter.

TIDAK semena-mena lubang besar 'muncul' di Jalan AU3 di Ampang!

Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor, lubang di tengah jalan itu dikesan pada kira-kira pukul 3.26 petang Khamis.

“Kami percaya hakisan tanah menyebabkan lubang itu muncul di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Van hampir ‘ditelan’ lubang besar tengah jalan

“Lubang yang terbenam itu sedalam kira-kira 1.5 meter (5 kaki),” katanya.

Tambahnya, tiada kenderaan atau bangunan terjejas dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Berikutan kejadian, pihak bomba menghubungi Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk tindakan lanjut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain