SEORANG remaja perempuan membuat laporan mendakwa menjadi mangsa rogol pegawai penyiasat berpangkat Inspektor ketika berada di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kedah, pada Rabu lalu. Terdahulu Berita Harian menyatakan laporan polis berkenaan dibuat mangsa berusia 16 tahun, Sabtu lalu, mendakwa dirogol Inspektor terbabit ketika berada dalam bilik pejabat pegawai berkenaan di IPD itu, kira-kira jam 6.30 petang. Menurut sumber, mangsa pada mulanya diarah Inspektor berusia 30an itu ke IPD untuk hadir membantu siasatan berhubung satu kes rogol membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri mangsa. "Ketika berada dalam bilik, Inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu, memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa. "Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya. "Pegawai polis itu kemudian memegang kemaluan mangsa dan diminta supaya baring atas katil yang ada dalam bilik berkenaan dalam keadaan bogel," katanya. Pada masa sama, pegawai berkenaan gagal mengawal nafsu merogol remaja terbabit. "Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik. "Walaupun takut namun mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan," katanya. Menurutnya, mangsa mendakwa yang kejadian itu berlaku hampir 30 minit dan selepas itu dia diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan. Susulan itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan. Difahamkan, remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan. Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said berkata, terdapat prosedur khusus untuk mengendalikan saksi kanak-kanak, susulan dakwaan seorang inspektor merogol gadis berusia 16 tahun. "Saya memandang serius terhadap kes ini dan ingin tekankan bahawa terdapat prosedur spesifik untuk kendalikan saksi kanak-kanak iaitu AAkta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Garis Panduan Khas untuk mengendalikan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. "No one is above the law," tulisnya dalam satu hantaran di Twitter. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI