suria

Jijik, meloyakan! Pekerja restoran mamak selamba gaul ayam atas jalan tar... patutlah resipi lebih sedap, ‘tapak kasut’ pun ada

Seorang pekerja di restoran mamak sedang menggaul ayam di atas jalan tar.

JIJIK dan meloyakan!

Tindakan seorang lelaki yang dipercayai pekerja di sebuah restoran mamak selamba menyediakan bahan masakan di atas jalan tar di belakang premis.

Nampaknya insiden tikus 'meratah' ayam goreng di sebuah restoran mamak baru-baru ini tidak dijadikan pengajaran susulan video aksi pekerja tersebut mulai tular sejak Selasa.

Menerusi video kira-kira 42 saat itu, pekerja berkenaan menggaul ayam di atas jalan tar dipercayai berlaku di sebuah restoran di Klang, Selangor.

Bukan sahaja menggunakan bekas makanan yang kotor, malah tempat penyediaan bahan masakan juga tidak sesuai.

restoran mamak kotor 3

Penyediaan makanan dilakukan di belakang restoran.

Cara penyediaan di kedai mamak terbabit ternyata mengundang rasa jijik dan geli dalam kalangan netizen.

Rata-rata menyifatkan kaedah tersebut kemungkin merupakan 'resipi' yang menjadikan masakan mereka menjadi kegemaran pelanggan yang sering berkunjung ke premis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran... Awas, KKM akan ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran tikus berselera ‘jamah’ ayam goreng diserbu, KKM arah kedai tutup 14 hari

"Resipi rahsia turun-temurun.

"Ayam rempah jalan tar.

"Teknik memasak rahsia dan akan rasa lebih sedap.

"Patulah sedap, tapak kasut pun ada," demikian antara komen netizen.

restoran mamak kotor 2

Antara komen-komen netizen.

Video tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bila kejadian berlaku, dan tidak dipastikan sama ada terdapat tindakan pihak berkuasa ke atas restoran berkenaan.

Terdahulu, tular video seekor tikus 'menjamah' ayam goreng di sebuah restoran mamak di Pandah Indah, Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, restoran tersebut dikenakan tindakan pembatalan lesen serta-merta.

Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang sudah mengeluarkan Notis Perintah Tutup selama 14 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati tahap kebersihan makanan premis itu tidak memuaskan.

Katanya, enam notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain