suria

Gempar! Keratan anggota badan manusia disumbat dalam bagasi, ditinggalkan di tepi highway Plus

Keratan anggota badan manusia ditemui di dalam bagasi di tepi lebuh raya Plus, pagi Selasa. Gambar hiasan

KERATAN anggota badan manusia ditemui di dalam sebuah bagasi, di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran persimpangan Rawang Selatan, pada pagi Selasa.

Mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh seorang lelaki, sebelum bertindak menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafaaton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu sekitar jam 11.45 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemui di tepi jalan dalam keadaan kaki, tangan diikat

"Sebahagian mayat (dari pinggang hingga leher) ditemui di tempat kejadian (tepi jalan) manakala beberapa bahagian badan yang dikerat dimasukkan ke dalam bagasi," katanya ketika dihubungi.

Shafaaton berkata, kepala, tangan dan kaki mangsa masih belum ditemui.

"Jantina dan identiti mayat masih belum dapat ditentukan kerana mayatnya tidak lengkap dan tiada dokumen pengenalan diri di tempat kejadian.

"Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Supt Shafaaton berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi talian hotline polis di 03-2052 9999 atau melaporkan ke balai polis berhampiran. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain