suria

Lori kontena terbakar: Dua mangsa rentung dipercayai suami isteri

Keadaan lori treler yang terbakar dalam kemalangan pagi Jumaat.

IDENTITI dua mangsa yang maut dalam kejadian lori kontena terbakar berhampiran susur keluar Plaza Tol Port Dickson, pagi Jumaat, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, identiti mangsa pertama yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mazlan Molot, 48, manakala mangsa kedua dikenal pasti sebagai Fauziah Uyop, berusia dalam lingkungan 40-an, lapor Harian Metro.

Kedua-dua mangsa dipercayai suami isteri.

Kemalangan tersebut juga membabitkan sebuah lagi kenderaan jenis Proton X70 yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa rentung dalam kemalangan rupanya baru pulang umrah, sempat kongsi petikan doa di WhatsApp sebelum kejadian

Terdahulu, media melaporkan dua individu rentung dalam insiden treler kontena terbakar selepas dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam 9 pagi Jumaat (20 Jan) di KM259.6 arah selatan berhampiran Plaza Tol Port Dickson.

Kenderaan tersebut dari Klang menuju ke Senawang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain