SEORANG lelaki yang videonya tular di media sosial kerana memukul isteri menggunakan topi keledar, akhirnya menerima padah akibat perbuatan tersebut. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis bertindak pantas dengan menahan lelaki berkenaan kerana melakukan keganasan rumah tangga. "Suspek telah mengaku memukul isterinya semasa pertengkaran. "Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit," katanya menerusi satu kenyataan. Superintendan Sik Choon Foo menambah, hasil pemeriksaan terhadap lelaki berusia 35 tahun itu mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup seret, dipijak pula! Lelaki zalim dera isteri separuh mati... Saksi dakwa pelaku bekas suami penyanyi dangdut Siasatan mengenai kes berkenaan sedang dijalankan. Terdahulu, video memaparkan aksi seorang lelaki memukul isterinya dengan menggunakan topi keledar menjadi tular di media sosial. Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada Khamis lalu di hadapan sebuah kedai makan di Gua Musang. Video tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya menyifatkan jalan penyelesaian kepada masalah rumah tangga bukanlah dengan melakukan kekasaran. "Apa saja hal rumah tangga, tak perlu naik tangan dekat tempat umum macam tu. Bincanglah berdua kalau tak bagi isteri bekerja. "Bagus, memang patut tangkap lelaki yang suka pukul perempuan ni.... bacul sangat perangai. "Baran tak kira tempat. Kalau hilang nyawa isteri tu, yang kesiannya anak-anak," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube