suria

Remaja mengaku salah lakukan sumbang mahram terhadap adik hingga lahirkan anak

Seorang remaja didakwa melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung. -gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Jelebu, pada Khamis, atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung sehingga melahirkan anak.

Tertuduh mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Menerusi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap adik perempuannya berusia 14 tahun antara pukul 11 malam dan tengah malam di sebuah rumah, di Jempol antara 21 Jun dan 30 Jun tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 11 malam dan tengah malam di kediaman sama, antara 1 dan 10 September tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak perempuan umur 12 tahun dirogol! Tiga remaja bawah umur didakwa di Bahau

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.

Mangsa melahirkan bayi pada 16 Februari di rumah keluarga mereka, dibantu oleh ibunya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.

Tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi atau mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain