suria

Tiada cuti umum Oscar! Waspada berita palsu salah guna imej The Star

Berita palsu mengenai cuti umum pada 15 Mac 2023.

STAR Media Group Bhd (SMG), yang memiliki portal dalam talian The Star, ingin memaklumkan kepada orang ramai berhubung imej palsu yang mendakwa Perdana Menteri mengumumkan cuti umum pada Rabu (15 Mac), bagi meraikan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

Berita palsu itu menjadi perhatian SMG berikutan gambar, menunjukkan imej yang dimanipulasi dengan menyalahgunakan identiti The Star, tular di media sosial.

Foto tersebut kelihatan seolah-olah seperti laman sesawang The Star bertarikh 13 Mac 2023, memaparkan tajuk 'PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!' (PM Anwar isytihar cuti umum pada Rabu: Ini adalah kebanggaan negara!').

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang Oscar

Bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan laporan palsu yang telah memanipulasikan liputan berita The Star.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi laman Facebook turut menafikan satu laporan berita yang tular berhubung cuti umum sempena kemenangan Oscar.

Orang ramai digesa menyemak semula kesahihan mana-mana imej yang tersebar itu dengan melayari https://www.thestar.com.my dan membaca berita yang disahkan, terus daripada sumbernya.

Sehubungan itu, Star Media Group mengulangi bahawa ia tidak menyiarkan sebarang berita mengenai pengumuman cuti umum pada 15 Mac 2023. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain