suria

Tak sabar nak solat tarawih... Netizen puji AJK masjid, bijak bahagikan zon parking ikut jumlah rakaat

Masjid itu dipuji kerana memperkenalkan sistem yang memudahkan jemaah.

RAMAI yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid pada bulan Ramadan nanti.

Terbaharu, sebuah masjid menerima pujian apabila membahagikan ruangan letak kenderaan kepada dua zon, mengikut rakaat solat tarawih.

"Solat sunat tarawih, sila parking di zon pilihan anda.

"Team lapan rakaat parking di Zon B dan C, team 20 rakaat parking di Zon A," tulis ayat pada kain rentang itu.

Foto kain rentang yang digantung pada pagar sebuah masjid itu turut dikongsi di media sosial sehingga ia menjadi perbualan netizen.

Selain meluahkan rasa teruja untuk meraikan Ramadan, netizen turut memuji ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan yang dianggap bagus dan memudahkan urusan jemaah.

"Sangat selesa macam ni, senang la tolong permudahkan urusan orang.

"Patut dilaksanakan di semua surau dan masjid.

"Paling tak boleh blah, team lapan rakaat sampai dua zon tapi team 20 rakaat satu zon je.

"Betapa umumnya mengetahui bahawa jemaah lapan rakaat lagi ramai sampai dua zon.

"Bagi siapa yang mencari, ni masjid Wilayah Persekutuan," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain