suria

Lelaki Jepun ‘buat hal’ pakai sut daki Gunung Kinabalu, yang penting tak buat benda bodoh untuk dikenali

Lelaki Jepun tular selepas daki Gunung Kinabalu sambil memakai sut.

NAK daki gunung ke nak pergi pejabat?

Begitulah persoalan yang timbul di minda apabila seorang lelaki Jepun dilihat berpakaian formal ketika mendaki Gunung Kinabalu pada Khamis.

Menerusi video tular, Nobutaka Sada, 49, dari Tokyo dilihat memakai sut, tali leher, kasut kulit dan turut membawa beg bimbit ketika berada di puncak gunung berkenaan.

Tukang jahit itu turut berkongsi pengalamannya menawan puncak gunung tersebut menerusi satu catatan di laman Facebook.

"Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Malaysia di Borneo dengan sut tempahan daripada SADA! Gunung lebih tinggi daripada Gunung Fuji pada ketinggian 4,095 meter," tulisnya.

337351347_512243801117715_369413536766178886_n

Antara foto yang dikongsi di Facebook lelaki itu.

Posting Facebook lelaki itu turut dibanjiri dengan pelbagai komen netizen yang terhibur melihat aksinya.

Malah, netizen turut memuji kaedah pemasaran jenama sut tersebut yang dianggap 'genius' sehingga mampu menarik perhatian ramai.

"Rupanya dia nak promosikan sut yang dipakai. Nak beritahu sut jenama itu boleh digunakan untuk semua iklim dan selesa.

"Pencapaian yang hebat dan kaedah bijak untuk pemasaran sut anda.

"Ini baru mentaliti kelas dunia. Tak perlu buat benda bodoh untuk marketing," tulis beberapa netizen.

Dia turut memuat naik video perjalanannya ke puncak gunung itu menerusi laman YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain