suria

Raih keberkatan, PPZ-MAIWP galak orang ramai tunai zakat... Kempen Ramadan Anugerah Terindah tawar lebih 1,000 hadiah menarik

Pelancaran Kempen Ramadan Anugerah Terindah di ibu pejabat PPZ-MAIWP.

SEMPENA bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan, umat Islam turut dituntut untuk membayar zakat fitrah.

Bagi memudahkan orang ramai untuk membayar zakat fitrah, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Ramadan Anugerah Terindah yang berlangsung sepanjang Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan bagi menunaikan ibadah zakat di bulan Ramadan.

Selain itu, katanya, ia juga dapat menguar-uarkan perkhidmatan dan saluran bayaran serta program-program menarik anjuran PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan tahun ini.

Simbolik pelancaran kempen Ramadan Anugerah Terindah.

"PPZ-MAIWP ingin mengajak pembayar zakat dan asnaf menjadikan Ramadan pada tahun ini paling indah dengan ketakwaan dan kasih sayang sesama insan melalui perkongsian rezeki dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

"Istimewa kempen kali ini, PPZ-MAIWP menyediakan saluran bayaran untuk orang ramai berwakaf. Bermula Disember 2022, PPZ-MAIWP telah diberi kuasa untuk mengutip wakaf di Wilayah Persekutuan," katanya.

Sebagai galakan, PPZ-MAIWP menawarkan lebih 1,000 hadiah menarik khas buat pembayar zakat yang menunaikan zakat harta, fitrah dan wakaf tunai di PPZ-AIWP melalui saluran bayaran yang disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman menyampaikan ucapan perasmian.

Antara hadiah yang ditawarkan antaranya pakej umrah, set solat eksklusif, jam Buruj, Smartphone, iPad, baucar makanan dan banyak lagi.

Sementara itu, Abdul Hakim memberitahu, sebagai pengisian Ramadan, PPZ-MAIWP melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian dianjurkan seperti Vibe Ramadan Tadabbur Al-Quran, bual bicara, program turun padang, doa senjata mukmin dan kuiz interaktif zakat.

"Vibe Ramadan Tadabbur Al-Quran merupakan perkongsian ilmu yang diadakan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi bersama penceramah terkenal seperti Ustaz Don Daniyal Biyajid dan Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, di platform Facebook dan Youtube PPZ-MAIWP.

"PPZ-MAIWP turut menawarkan cenderahati istimewa seperti sampul raya dan produk asnaf, serta sijil wakaf kepada 4,000 pembayar zakat harta terawal di kaunter PPZ-MAIWP. Tawaran ini hanya melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," ujarnya.

Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat', pelbagai saluran disediakan bagi memudahkan urusan bayaran zakat.

Berikut adalah platform tersedia yang boleh dirujuk oleh orang ramai di Wilayah Persekutuan untuk membayar zakat fitrah:

1) Portal PPZ-MAIWP

fitrah.zakat.com.my

2) Amil Fitrah

Seramai 921 penolong amil fitrah berada di seluruh Wilayah Persekutuan. 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka di masjid-masjid, surau-surau dan pasar raya.

Abdul Hakim (kiri) merasmikan Kempen Ramadan Anugerah Terindah.

2) Ejen-ejen online kutipan PPZ-MAIWP

Zakat fitrah boleh dibayar melalui saluran 15 perbankan internet. Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui e-Wallet- Boost, Shopee, Tulus, GoPayz, The Noor dan Raiz.

Portal dalam talian juga boleh dijadikan alternatif seperti senangPay, MyEG, PayHalal, MyPay, Elzar Shariah, Al Amni dan MyVerify.

Selain zakat fitrah, zakat harta juga boleh dilunaskan melalui saluran-saluran ini:

1) Kaunter PPZ-MAIWP

Dibuka tujuh hari seminggu termasuk cuti umum dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.

2) Portal - zakat.com.my (kira, bayar, semak)

Gimik pelancaran kempen Ramadan Anugerah Terindah.

3) Aplikasi MyZakat

4) Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB)

5) Door To Door (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital

Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara berdepan dan tidak ada masa untuk ke kaunter. Mereka akan datang kepada anda. Tempahan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my.

6) Ejen-ejen Kutipan Zakat

Perbankan internet, kaunter bank, pos, E-Wallet, firma-firma dan lain-lain.

Sekitar majlis pelancaran kempen Ramadan Anugerah Terindah.

Seterusnya pembayaran wakaf tunai boleh dilaksanakan melalui:

1) Kaunter PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk cuti umum dari 8.1 5pagi hingga 4.30 petang.

2) Portal - wakafppz.com.my

3) Kaunter Zakat dan Wakaf Bergerak

PPZ-MAIWP menyeru semua masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5 peratus yang terdapat dalam harta kita ini agar asnaf-asnaf ini dapat disantuni dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri seperti umat Islam yang lain.

Maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my/ramadan2023 atau hubungi di talian 1300 88 5757 atau emel kepada [email protected].

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain