suria

PM terima kunjungan Michelle Yeoh, bangga pencapaian angkat nama Malaysia

Anwar (kanan) dan Michelle memegang trofi Oscar. foto FB Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh di Putrajaya, pada Khamis.

Menerusi pertemuan di Pejabat Perdana Menteri, Anwar kagum dengan pencapaian Michelle yang memenangi trofi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Everything Everywhere All At Once.

"Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

Anwar (kanan) menerima kunjungan Michelle di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. foro FB Anwar Ibrahim

"Beliau mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini, dan beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.

"Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa," tulis Anwar di Facebook beliau, petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai Malaysia terus cari nasi ayam Ipoh, Michelle Yeoh kota janji bawa pulang trofi Oscar

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang Oscar

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah, semoga Michelle terus mengecapi kejayaan pada masa akan datang.

"Saya ucap semoga maju jaya dan terus peroleh kejayaan!" kata Anwar lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain