BUKAN sahaja baju raya dan biskut raya perlu disiapkan, gaya rambut juga harus dititikberatkan menjelang 1 Syawal. Namun keterujaan seorang lelaki bertukar duka setelah dia berkunjung ke sebuah kedai gunting rambut di Shah Alam, Selangor. Menerusi ciapan lelaki berkenan di Twitter, dia berkongsi pengalaman pahit selepas mengalami luka kecil di leher didakwa atas kecuaian tukang gunting rambut. ARTIKEL BERKAITAN: Potong rambut murid sampai tobek, ibu minta guru disiplin kembalikan semangat dan maruah anaknya sebagai pengawas dihormati Kata lelaki itu, apa yang lebih mengecewakan apabila tukang gunting rambut itu tidak mengendahkan rungutannya berhubung hal itu. “Kedai gunting berhampiran MSU (Management & Science University). Tak ada sebarang permohonan maaf. “Apabila beritahu berdarah dan luka banyak, dia membebel apa entah. Saya malas bergaduh bulan puasa ni jadi saya bayar dan beredar. “Begini harga RM23. Auto banned. Barber sibuk karaoke lagu Hindi clubbing. Masa luka tu saya cakap dah sakit, lepas tu dia tengok dia buat tak tahu je,” tulis lelaki berkenaan. Memilih untuk tidak berdiam diri setelah berdepan pengalaman pahit seperti itu, lelaki tersebut cuba menghubungi pihak pengurusan untuk membuat aduan tentang pekerja di premis berkenaan. Komen netizen di Twitter. Berdasarkan perkongsian tangkap layar perbualan mereka di aplikasi WhatsApp, lelaki itu mendakwa tukang gunting tersebut sedang menyanyi dengan nada kuat ketika mencukur menggunakan pisau cukur. Apabila hantaran tersebut mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati serta memberikan pelbagai cadangan. “Bro, lebih baik pergi check darah dekat klinik. Yelah, razor tu dia guna dekat ramai orang. Entah bersih ke tidak. Bukan nak takutkan awak, cuma baik selamatkan diri. “Kasihannya. Tumpang simpati. Mesti pedih apabila berpeluh dan mandi,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!