UMAT Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pada Sabtu. Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Khamis malam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu kelam kabut 'raya terkejut' atau tidak, kerajaan setuju beri sehari cuti tambahan sempena Aidilfitri ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu pengumuman raya malam Khamis! Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 20 April Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan. Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 23 Mac lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!