SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tentunya tidak lengkap dan kurang seri tanpa kehadiran insan-insan tersayang di sisi. Bagai menjadi kelaziman, hari yang meraikan kemenangan umat Islam ini merupakan detik terbaik untuk kita mengeratkan hubungan dengan keluarga tersayang. Selain saudara kandung, keluarga mentua yang tidak terikat dengan sebarang pertalian darah juga tidak kurang pentingnya setiap kali tibanya 1 Syawal. Begitulah juga kisahnya mengenai seorang wanita, Zyra yang masih mengekalkan hubungan erat dengan keluarga mentua, meskipun suaminya, Allahyarham Johan telah dijemput Ilahi. Sebagai menantu, Zyra menyedari hakikat bahawa hubungan itu tidak akan sesekali terputus, sebaliknya kasih sayang yang terjalin kekal utuh buat selama-lamanya. Sempena kedatangan Syawal kali ini, Zyra ditemani anaknya, Elyssa yang berusia empat tahun mengambil kesempatan untuk pulang menziarahi keluarga mentuanya. Kepulangan dua beranak itu ternyata amat dinanti-nanti oleh ibu bapa Allahyarham yang menyambut mereka dengan hati terbuka, malah dilayan dengan begitu baik sekali. Zyra terguris dengan kata-kata kakak ipar ketika berbuka puasa. Namun ketika menikmati juadah berbuka puasa, hati Zyra terguris dengan kata-kata sinis kakak iparnya Fatin, yang mempersoalkan kepulangannya ke rumah itu sejak sekian lama. "Wah Zyra, akak tak sangka kau balik ya. Ingatkan dah tak nak balik langsung. "Macam pelik la bang, arwah Johan dah tak ada, tapi Zyra masih dekat sini lagi," ujar Fatin sebelum dia ditegur oleh ibunya. Luluh hati Zyra mendengar sindiran itu sebelum bangkit sambil mendukung anaknya dan meluru masuk ke bilik tidur. Dengan emosi yang membuak-buak, Zyra secara tidak sengaja menghempas pintu biliknya, menyebabkan cermin peninggalan arwah Johan yang digantung pada dinding hampir pecah. Cermin peninggalan arwah suami nyaris pecah. Pada malam itu, ibu mentuanya datang memujuk Zyra agar dia tidak pulang dan banyak perkara turut dibualkan bersama, dari hati ke hati. "Zyra, Zyra sayang. Janganlah balik dulu. Fahamlah mulut si Fatin tu," ujar ibu mentuanya ketika mereka sama-sama duduk di bucu katil. Ketika itu, Zyra yang masih teresak-esak meminta maaf kepada ibu mentuanya kerana tidak sengaja memecahkan cermin peninggalan arwah suaminya. "Maaf mak, pecah dah cermin Johan," ujarnya sayu. Namun, ibu mentuanya langsung tidak kisah akan hal itu dan memaklumkan Zyra bahawa cermin tersebut akan dibaiki oleh bapa mentuanya. Sambil mengusap dahi cucunya yang senang nyenyak tidur, ibu mentua Zyra menjelaskan bahawa arwah Johan telah melakukan pelbagai usaha untuk melindungi mereka sekeluarga. "Johan dia anak yang baik. Seorang suami dan abah yang baik untuk Zyra dan Elyssa. Macam-macam arwah usahakan untuk lindungi keluarga kita," ujar wanita itu. Zyra menangis teresak-esak dalam pelukan ibu mentua. Zyra terus bertanya kepada ibu mentuanya sekiranya dia layak menerima apa-apa peninggalan arwah memandangkan dia sudah tiada hubungan lagi dengan keluarga itu. "Layak ke Zyra ada hubungan dengan keluarga Johan? Zyra cuma orang luar. Zyra tak ada apa-apa," ujar Zyra. "Zyra, jangan cakap macam ni, Sebab tu ke Zyra dah lama tak balik? Dunia akhirat Zyra tetap menantu mak, sampai bila-bila, ia tak akan berubah," kata ibu mentuanya sambil kedua-dua mereka berpelukan dengan linangan air mata. Episod duka malam itu bagaikan lenyap dibawa kegelapan malam, membawa sinar baharu buat Zyra bagi meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal dengan tenang. Masih setia berada di rumah mentua pada pagi 1 Syawal, Zyra meraikan hari yang mulia itu dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Selain bersalaman dengan mentuanya, kemaafan daripada kakak ipar Zyra atas kekhilafan dan ketelanjuran kata-kata begitu menyentuh hati Zyra meraikan Aidilfitri bersama keluarga arwah suami. Sesungguhnya, apa yang berlaku tidak menjadi titik noktah dalam hubungan antara mereka, sebaliknya Zyra terus menyantuni keluarga mentuanya seperti darah dagingnya sendiri. Walaupun jarang bersua muka, hubungan yang terjalin antara mentua dan menantu masih dapat dikekalkan sampai bila-bila. Kehidupan Zyra dan keluarga mentuanya juga diperhebatkan lagi dengan Zurich, yang menyediakan pelbagai produk insurans dan takaful untuk perlindungan yang menyeluruh buat anda dan keluarga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube