LEMANG merupakan juadah yang menjadi kemestian setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri. Terbaharu, tular video memaparkan perbalahan antara peniaga dan pelanggan, dipercayai berlaku kerana lemang yang dibeli tidak masak. Menerusi video itu, seorang pelanggan lelaki hadir ke sebuah gerai lemang untuk membuat aduan tentang juadah yang dibelinya. "Eh tengok yang ini lah, ini ha saya beli yang ini," ujarnya sebelum membaling lemang yang telah dipotong ke atas meja. Peniaga itu kemudiannya turut meninggikan suara dan dilihat cuba memukul pelanggan menggunakan buluh lemang. ARTIKEL BERKAITAN: Mentua pilih bulu, lebihkan cucu lain siap belikan baju raya... Menantu wanita dah terasa hati, asyik disuruh jadi ‘photographer’ gambar famili "C***i betul kau. Jaga-jaga eh, dia cakap tak masak, kita belah bagi buka, sekarang," ujar peniaga itu berang. Pelanggan itu kemudiannya mengugut untuk membuat laporan polis pada penghujung video tular berkenaan. Rata-rata pelayar media sosial menyelar kedua-dua pihak kerana gagal menyelesaikan masalah dengan komunikasi yang baik. "Cakap la elok-elok. Rosak tak masak ke, ganti yang baharu je la. "Kalau abang (pelanggan) tu tak campak lemang, maybe tak kena pukul balik. "Dah pembeli yang mula campak macam tu, mana penjual tak bengang. "Bincang elok-elok dah la," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube