PEMPENGARUH media sosial, Khairul Amin Kamaruzzaman terus 'memanjakan' pekerja kilang sambalnya. Kali ini, kesemua 60 pekerjanya dibawa bercuti selama lima hari di Langkawi, Kedah. Menerusi perkongsian di halaman Instagram Khairulaming, usahawan berusia 30 tahun itu turut menutup kilangnya selama lima hari bagi merealisasikan hasrat percutian tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Khairulaming ajak staf ‘raya awal’! Bagi bonus, tutup kilang bawa semua pergi shopping... tolak demand sambal 3 kali ganda pada Ramadan "Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staf bercuti di Langkawi," tulisnya. Bukan itu sahaja, dia turut menyediakan hotel lima bintang, jetski dan pelbagai aktiviti menarik yang lain termasuk menyewa kapal persendirian untuk melihat matahari terbenam. Malah kesemua pekerjanya itu sekali lagi mendapat 'bonus' yang diberikan untuk mereka membeli-belah. View this post on Instagram A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) Baginya, setiap yang dilakukan itu adalah untuk memberi kegembiraan dan sebagai penghargaan kepada pekerja. "Alhamdulillah semua staff happy," tambahnya. Sebelum ini, Khairulaming telah membuat kejutan raya kepada pekerjanya dengan membawa mereka membeli-belah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri serta berbuka puasa di hotel di samping bonus. Dia juga pernah memberi bayangan untuk membawa kesemua pekerjanya bercuti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube