PADAH melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta di Tasik Bukit Layang-Layang, Johor, sepasang kekasih ditahan polis pada 23 Mei. Ia berikutan video perbuatan sumbang itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, tangkapan ibuat pada jam 11 malam. “Kami telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan berjaya mengesan pasangan terbabit sebelum menahan mereka sekitar Pasir Gudang. "Suspek lelaki berusia 29 tahun manakala perempuan 19," katanya ketika dihubungi. Mohd Sohaimi berkata demikian ketika diminta mengulas video berdurasi 42 saat yang memaparkan sepasang kekasih dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kenderaan berwarna putih. "Kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik mendapat perintah reman," katanya sambil menambah ini adalah kejadian kedua berlaku di Seri Alam. Kes pertama pada 6 April lalu, apabila polis Pasir Gudang menahan seorang suspek lelaki berusia 22 tahun dan teman wanitanya berusia 17 tahun selepas tular satu video menunjukkan kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta. Pasangan itu ditahan selepas video berdurasi 23 saat aksi tidak senonoh mereka dimuat naik ke Twitter dan tular di media sosial. Beliau dalam satu kenyataan berkata, kejadian sebelum ini berlaku pada 29 Mac di tempat letak kereta di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, pada 3.03 petang. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube