suria

#JomSapot BeliLokal 2.0 dipacu teknologi AI, terus perkasa PKS

Dari kiri Sien Vee Loc; Yip How Nang, Sazzy Falak, Abdul Sani Abdul Murad dan Lydia Wang semasa pelancaran di Menara Star.

RHB Bank Bhd sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Kumpulan Media Star menerusi kempen #JomSapot BeliLokal 2.0 yang menyokong perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), sekali gus mengetengahkan jenama mereka bagi meningkatkan hasil jualan.

Kali ini, kempen #JomSapot BeliLokal 2.0 diperluaskan lagi menggunakan teknologi AI dengan menampilkan selebriti tempatan, pengacara TV yang juga usahawan Sazzy Falak sebagai duta jenama PKS yang mengambil bahagian dalam kempen kali ini.

“#JomSapot Belilokal yang bermula pada tahun lepas telah memberi peluang kepada PKS dan membantu memulihkan ekonomi mereka supaya dapat berkembang maju selepas negara dilanda pandemik,” kata Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Media Star, Lydia Wang.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran #JomSapot BeliLokal 2.0 di Menara Star, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua perbankan PKS RHB, Yip How Nang; Ketua Bahagian Kewangan Pengguna RHB, Sien Vee Loc; Ketua Pemasaran Kumpulan RHB, Abdul Sani Abdul Murad dan Sazzy Falak.

“PKS adalah tulang belakang kepada ekonomi dan kami meneruskan usaha ini serta bekerjasama dengan rakan kongsi seperti RHB dalam membantu perniagaan terlibat untuk kembali beroperasi.

“Salah satu cabaran terbesar bagi PKS ialah pemasaran, terutamanya daripada aspek kos dan keberkesanan.

“#JomSapot BeliLokal bukan sahaja menawarkan peluang yang tidak ternilai untuk peniaga memasarkan produk dan perkhidmatan mereka, tetapi turut memanfaatkan kuasa selebriti bagi menarik perhatian pelanggan.

“Dengan kerjasama Sazzy Falak, kempen ini mampu meningkatkan reputasi dan menjadi daya tarikan kepada jenama seterusnya membantu para peniaga berdaya saing dalam pasaran,” kata Wang.

PKS yang berminat boleh mendaftar butiran di laman sesawang RHB #JomSapot (rhbjomsapot.my) untuk video percuma iklan yang disediakan bagi jenama, produk dan perkhidmatan mereka.

Ia menggunakan perisian pengecaman suara dan muka bagi mencipta semula wajah Sazzy Falak untuk dipadankan dengan butiran yang disediakan oleh PKS.

#JomSapot BeliLokal 2.0 adalah kerjasama antara RHB #JomSapot dan inisiatif BeliLokal Kumpulan Media Star.

Dengan pelbagai masalah ekonomi yang membelenggu PKS pada masa ini, Ketua Perbankan PKS RHB, Yip How Nang menyatakan bahawa mereka yang terlibat memerlukan bantuan untuk kekal pada trajektori pertumbuhan.

“Matlamat kami adalah untuk membantu menyokong perniagaan tempatan dengan membeli daripada PKS. Kami sudah membantu lebih 8,000 cawangan perniagaan yang mendaftar sejak pelancaran kempen,” katanya.

PKS yang mengambil bahagian tidak perlu membayar yuran perbankan untuk bantuan kempen #JomSapot BeliLokal 2.0.

“Di bawah #JomSapot BeliLokal 2.0, PKS boleh menyenaraikan perniagaan mereka di kedua-dua platform RHB #JomSapot dan BeliLokal di Kumpulan Media Star tanpa caj tambahan,” kata Yip.

Selain menampilkan Sazzy Falak sebagai duta jenama, RHB akan memperkasakan PKS dengan dipacu pelaksanaan bahan promosi menggunakan Teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI).

RHB akan memanfaatkan pangkalan pelanggannya yang besar manakala Kumpukan Media Star akan memperluaskan data pengguna menerusi platform miliknya untuk mengetengahkan dan menampilkan produk serta perkhidmatan PKS yang mengambil bahagian.

“Kami mempunyai alat untuk membantu PKS mengurus aliran tunai selain menyediakan sokongan kewangan. Pada masa yang sama, boleh mengoptimumkan kecekapan pengoperasian serta membantu dalam perniagaan digital,” kata Yip.

Dalam pada itu Wang menambah bahawa #JomSapot BeliLokal 2.0 akan menampilkan Panduan Lokal yang hebat bagi meningkatkan penglibatan pelanggan dan memudah cara bagi peserta PKS.

“Panduan Lokal yang hebat ini akan menggunakan kontekstual berasaskan lokasi penyasaran. Ini bermakna, apabila pembaca melihat iklan #JomSapot BeliLokal, mereka boleh terus mengimbas kod QR yang disertakan bersama seterusnya melihat paparan senarai perniagaan tempatan yang berada di kawasan sekitar,” katanya.

Pelanggan yang menggunakan kad kredit RHB untuk membeli daripada peniaga #JomSapot BeliLokal 2.0 akan mendapat ganjaran atau pulangan tunai selain diskaun hebat.

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan daftar bagi dapatkan video promosi khas secara percuma.

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan daftar bagi dapatkan video promosi khas secara percuma atau layari rhbjomsapot.my

Sazzy Falak menjadi duta #JomSapot BeliLokal 2.0.

Sazzy Falak menjadi duta #JomSapot BeliLokal 2.0.

Sokongan padu Sazzy Falak bantu PKS

“SEBAGAI usahawan, saya dapat merasai cabaran yang perlu dihadapi peniaga tempatan,” kata Sazzy Falak.

“Saya faham betapa sukarnya untuk membina dan mengembangkan perniagaan di dunia hari ini. Sejak pandemik Covid-19 dan beberapa kali sekatan perjalanan, landskap perniagaan dilihat sangat berubah.

“Jadi saya gembira dapat bekerjasama dengan RHB dan Kumpulan Media Star dalam #JomSapot BeliLokal 2.0, kerana perniagaan tempatan memerlukan semua pihak untuk membantu mereka dalam menghadapai persaingan pasaran,” katanya lagi.

Pelakon, pengacara TV dan usahawan ini akan menjadi duta jenama PKS yang mendaftar di #JomSapot BeliLokal 2.0.

Kempen #JomSapot BeliLokal tahun ini menampilkan kuasa AI dalam setiap video iklan sekali gus memberi nilai tambah untuk PKS dalam usaha membina jenama dan meningkatkan pelanggan.

Sazzy menyatakan bahawa inisiatif #JomSapot BeliLokal 2.0 penting bagi PKS untuk terus berdaya saing kerana mereka sering kekurangan sumber untuk berhadapan dengan syarikat yang lebih besar.

“Dengan menyediakan sokongan PKS melalui iklan AI ini, kami boleh membantu mereka untuk menjangkau lebih jauh.

“Jadi PKS, mari sertai saya #JomSapot BeliLokal 2.0 dan bersama-sama menghadapi cabaran yang besar,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain